Wednesday, June 8, 2016

Tips-Tips Mengenai Tayar Kereta Yang Penting

Tips-Tips Mengenai Tayar Kereta Yang Penting

Selalu saya bercerita mengenai kesihatan tubuh badan dan cara nak menjadi sihat . Tapi kali nie berlainan pula. Saya nak citer mengenai Tayar Kereta. Saya pasti ramai antara kita khususnya wanita hanya tahu pergi ke kedai tayar kereta dan sebut mahu tukar tayar. Jenis memilih tayar kita kurang arif. Apa yang kita pentingkan adadiskaun dan murah ..heheheh. Tu saya tujukan buat saya lah tu. Tapi x tahulah kalau anda lebih arif dan handal memilih tayar kereta bagi saya anda sangat hebat. Khususnya wanitalah yer. 

Kalau lelaki bagi saya anda mesti selalu dapat info pasal tayar kereta nie. Mana yang elok, mana yang murah, mana yang berkualiti. Topik perbualan yang selalu jer anda sembangkan dan ianya bukan menjadi satu topik bagi wanita untuk berbicara mengenainya. 

Jadi hari nie saya nak berkongsi ilmu mengenai Tayar Kereta pada anda semua. Ilmu yang saya dapat daripada blog ini http://hujanpaneh.blogspot.com/ . Yang saya rasa sangat bagus untuk diketahui oleh semua pemandu kenderaan. Antara point yang akan saya dedahkan ialah 

"Tips-tips memilih tayar kereta yang baik dan cara penjagaannya" 


1. Faham Code Sidewall Tayar 

Penting untuk mengetahui tayar mana yang sesuai untuk kenderaan anda 
Jika kereta anda berenjin 1.3
  • gunakan sport rim bersaiz 14" (35 sentimeter)
  • jika anda menggunakan sport rim saiz 15" kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat , memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak (absorber) dan meningkatkan penggunaan minyak petrol. 
Jom kita lihat contoh code sidewall tayar 


Kod tayar adalah P205/65 R16 95 V
205 - kelebaran tayar 205mm 
65   - 65% ketebalan tayar daripada 205mm
R    - binaan radikal 
16   - kegunaan rim 16" 
95   - berat yang mampu ditanggung tayar 95 kg  
V     - Kelajuan maksimum tayar mampu meluncur 240km/j

Penting : Pastikan tayar anda ada tanda MS atau E. Jangan beli tayar yang mempunyai tanda yang bertulis DOT. Ni simbol kualiti yer...





2) Tarikh Tayar Dikilangkan 


Mengikut piawaian antarabangsa tayar hanya bertahan selama 2 tahun selepas di kilangkan 
Jom kita guna contoh gambar di atas 1604
  • 16  bermaksud minggu ke 16 . Dalam 1 tahun ada 48 minggu. Jadi minggu 16 adalah bulan FEBRUARI  
  • 04 bermaksud tahun 2004 
  • Maka tarikh tayar dikilangkan ialah Februari 2004
  • Tarikh exired 2 tahun dari tarikh di atas iaitu Februari 2006
  • Jika tayar itu mencatatkan tempoh 52 minggu jangan beli
Latihan untuk anda : Catatkan tempoh expired tayar yang anda sedang gunakan sekarang. Sekiranya tempoh lupus tayar anda telah habis tempoh walaupun bunganya masih banyak wajar ditukar kerana getah tayar telah keras. 


3) Jenama Tayar Yang Paling Bagus 




Tayar yang paling bagus adalah tayar yang made in Japan kerana tayarnya lebih lembut. Contohnya seperti tayar jenama Michelin, Yokohama, Falken. Tayar ni lebih lembut sebab dibuat ikut iklim sederhana yang kurang panas bukan ikut cuaca Malaysia yang panas terik. Jadi jika tayar nie digunakankan kat Malaysia Jangkahayat akan pendek, bunga cepat habis.

Jika untuk penggunaan biasa guna jenama Dunlop, Silverstone dan Goodyear pun dah ok. Continental, Bridgestone, Toyo, Michelin pun bagus dan baik tapi harga sedikit mahal. Elakkan beli jenama Sime Tyre. 

Faktor tayar bising atau senyap, bunga haus adalah bergantung kepada cara anda memandu dan juga jenis kereta. Kebisingan tayar adalah bergantung pada bunga tayar. 
  • Kalo lebih senyap tayar maknanya ia x sesuai untuk permukaan yang basah 
  • Kalo lebih bising tayar maknanya ia lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah 
Tips macamana nak tahu tayar bising atau senyap : nie tips dari saya.cuba dengar bunyi tayar masa parking dalam shopping mall. kalau masa kita belok atau putar tayar kereta masa nak ejas parking kalau bising tu tayar kita banyak bungalah tu. Kalau perlahan jer..hah tu senyaplah tayar kita atau pun bunga dah haus. Kalau macam tu kenalah hati2 masa hujan 


4) Jenis Bunga Tayar 

Tayar jenis Silverstone Powerblitz, Goodyear Eagle GA dan Sime Tyre Astar merupakan jenama tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu ekstrim. Jenis tayar ni keras juga membuatkan tayar ini boleh tahan agak lama.




Tayar yang tak boleh pandu laju ketika hujan adalah tayar jenis semi slick seperti Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken Azenis, Pirelli P7, Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R. 

Jika tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu meneruskan perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti Silverstone FTZ Evol 8, Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama Prada.



Jika anda memandu kereta sedan yang agak berat dan sering memandu jauh dan mementingkankeselesaan, tayar yang lebih baik adalah Bridgestone Turanza, Bridgestone My01, Bridgestone Potenza, Goodyear NCT3, Goodyear NCT5, Silverstone Kruizer 1, Michelin Pilot, Yokohama A-Drive, Michelin Energy, Yokohama C-drive dan Falken Ziex 326.


5) Buat Alignment Dan Rotation Tayar




Jaga aligment setiap 3/6 bulan rotate tu tayar. Caranya (untuk 4 tayar yang sama saiz) : 

  • Tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang 
  • Tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang 
Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya:
  •  masukan tayar ganti ke kanan belakang
  • belakang kanan ke depan kanan
  • depan kanan ke belakang kiri
  • depan kiri ke dalam boot ganti
  • belakang kiri ke depan kiri
Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta. Lakukan setiap 3 bulan alignment dan balancing untuk keselamatan anda. Walaupun alignment lari sedikit saja, boleh jejaskan pengunaan petrol juga, kita membazir dan merosakkan alam sekitar kita dengan banyak tayar yang dibuang dan juga petrol. 


6) Tayar Botak Dan Tayar Cepat Haus




Tahap kehausan tayar boleh dilihat dengan mata kasar. Bunga tayar yang semakin licin menunjukkan penggunaan perjalanan yang tinggi. Begitupun, kehausan tayar boleh terjadi atas sebab-sebab lain seperti penyerap hentak yang rosak, penjajaran yang salah, permukaan jalan raya tidak elok dan corak pemanduan yang kasar.Kerap membrek secara kuat dan pemanduan yang agresif boleh menyebabkan tayar haus secara tidak sekata. 

Tayar yang botak secara sekata pula adalah normal. Ia bergantung kepada jenis pacuan kenderaan. Kereta pacuan hadapan akan mengalami kehausan tayar hadapan dalam kadar lebih cepat. Dalam industri, tiada ketetapan yang khusus tentang kaedah rotasi tayar.

Ada yang mencadangkan perbatuan 10,000 kilometer (km), malah ada yang mencecah 20,000 kilometer. Rotasi tayar perlu dibuat dengan betul. Tayar hadapan kanan perlu ditukar dengan tayar belakang kiri dan begitulah sebaliknya.





7) Berapa Tekanan Angin Tayar Yang Sepatutnya?



  • Jangan lupa periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan. 
  • Tekanan tayar boleh dilihat pada pelekat yang lazimnya diletakkan di bahagian pintu pemandu sebagai rujukan
  • Jangan pam tayar lebih tinggi daripada had yang disyorkan. 
  • Jangan pula biarkan tekanan angin tayar berada di bawah paras yang dicadangkan. 
  • Sentiasa pastikan angin tayar betul. 
  • Periksa sendiri Pressure setiap 2 minggu.. WAJIB.... kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik.. (beli yg bentuk mcm pen tu murah jer..)presure tester menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar dikira mencukupi ,
Tekanan angin tayar untuk kerete 1.3 cc & 1.5 cc 
- tekanan angin dalam lingkungan 190 kpa hingga 230 kpa. Contohnya kalau rim 15' tayar 55 siri. 
- Standard Gen.2 r Waja.  Tayar depan letak 210/30.Tayar belakang 190/29. 
- Kalo kereta kancil rasanya around 180-200 kpa.
- Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 210 kpa

8) Tukar Tayar Sama Brand



Harus di ingat setiap jenis tayar di buat dgn charector nyer sendiri dan corak bunganya pun tak sama. Jadi, kalau nak tukar pilih tayar pilih  yg sama brand atau pun tukar kesemua tayar 


9) FAKTA PENTING TAYAR YG DIGUNAKAN
  • Jangan gunakan tayar yang telah tamat tempoh. Semak catatan produksi tayar.
  • Jangan pakai tayar korek. Tahap kakisan tayar ini telah melebihi had rekaan pengeluar.
  • Jangan gunakan tayar berlainan model pada setiap sisi.
  • Pastikan ukuran tayar tidak melebihi had pengeluar.
  • Roda yang terlalu besar menyebabkan keupayaan berhenti menjadi rendah.
  • Rim yang rosak pada bahagian sisinya boleh menyebabkan kebocoran angin secara perlahan. Bukan disebabkan tayar terkena objek tajam.
  • Jangan memandu laju ketika hujan dengan tayar yang sudah haus. Ia boleh menyebabkan berlakunya aquaplaning, situasi apabila lapisan air di atas jalan raya lebih 'tebal' berbanding bunga tayar.Ia akan membuatkan tayar 'terapung', hilang cengkaman serta kenderaan tidak dapat dikawal oleh pemandu.
Jadi anda semua dah tahu mengenai tayarkan. Saya pun banyak buat silap dalam memilih tayar selama ni. Saya berharap lepas nie lebih ramai pengguna kenderaan mempunyai ilmu tentang penjagaan tayar kereta khususnya Wanita. Sama-sama kita menjaga keselamatan diri dan org lain yer.

No comments:

Post a Comment